Sunday, November 8, 2009

untuk semua ,
saya sangat berterima kasih dan boleh tak saya nak kata saya sayang semua yang singgah memberikan semangat untuk saya.
memang itu yang saya sering nantikan.

betul kata kak ezza..mungkin cara saya cakap tu salah.sepatutnya saya tidak sebut dulu tentang M.

adakah saya lebih bahagia begini dan hilang Q atau saya sanggup hidup dengan Q dan pedulikan tentang M.

kawan-kawan V datang tadi dan saya tanyakan pada V adakah beliau bercerita pada sesiapa?
dia jawab hanya pada seorang dan kadang-kadang kawan tersebut akan bertanya ayahnya balik atau tidak,jumpa dia atau tidak.

V nampak begitu gelisah kebelakangan ini.saya tahu dia menyimpan kesedihannya dan kalau dia melihat saya menangis dia akan menangis kerana tidak mahu saya menangis.


ya ribut ini akan berakhir juga.lambat atau cepat.saya akan melangkah juga langkah demi langkah tapak demi tapak hari demi hari....

1 comments:

maiyah said...

moga segalanya akan berubah nanti

Post a Comment