Tuesday, March 9, 2010

kata mak saya orang ni gilanya berbagai.
dan saya tahu dimana gila saya.
Q.

bukan dia merayu-ryu pun untuk rujuk.buka dia janji apapun.segalanya diletakkan atas bahu saya kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan perpisahan.selama ini saya sangkakan pandangan orang kepada saya okay,rupanya segala kata kejian yang saya terima.Q dipuji dan dikasihani semua.sayalah yang meroyan itu.


tapi hati ini seperti kata mak saya gila manusia itu berjenis-jenis,tetap pada dia.masih mencintai dia.masih menyayangi dia.dan dia sudah ada lagi yang lain.

hmm.pada keluarga saya langsung tidak beritahu apa-apa,sangka mereka bukan begini apa yang saya hadapi.kata seorang abang fikirkan tentang V dan sedarilah hakikat bahawa satu campur satu mungkin tidak dua.fikirkan tentang V.

saya berserah pada Tuhan.Q melayani saya suam-suam begitu.sekadarnya kerana dia tahu saya memang tiada tempat mengadu.pada ramai memang terbuktilah yang saya salah dan Q betul bila kami bersama.

dugaan yang mendatang juga hebat.masalah kewangan dan kesihatan yang bertalu-talu.sudah sebulan saya tidak sihat.dan apabila tidak shat saya tidak dapat berkerja dengan sepenuhnya.maka beban kewangan pula berlingkaran.

saya sudah jatuh tapi mencari kuat untuk bangun.

0 comments:

Post a Comment