Friday, March 5, 2010

salam untuk semua.
memang lamasaya tidak menulis apa-apapun.kerana saya tidak mahu merenget-renget.

dalam masa sembilanpuluh hari ..berbagai cerita dalam hidup.saya sudah besama Q semula.

dan saya tahu Q juga sudah ada lagi yang lain.
yang saya tahu M juga masih di dalam gambar hidupnya.

yang saya pasti saya tidak sanggup lihat V sedih dan rumah yang nampak rukun ini adalah yang terbaik dapat saya lakukan untuk V.

Q sudah sangat berubah.saya sekadar hadir dan bukan untuk dicintai atau dirindui.rasanya yang itu untuk watak-watak lain dalam hidupnya.

dugaan untuk saya adalah kebahagiaan untuk V.

pertanyaan mengapa siksakan hidup ini?
itu tiada jawapan.yang saya tahu paling utama dalam hidup saya adalah V.

saya mencuba menciptakan suasana paling baik dalam hidup saya berdasarkan apa yang ada dan apa yang boleh saya buat.
saya mohon kekuatan untuk perjalanan hidup yang pendek ini.

2 comments:

  1. sangat besar pergorbanan awak demi V...saya salute kat awak...

    kalau Q dah berubah..selayak nya awak pun berubah...awak pun perlu bergembira...dengan cara awak sendiri...Tak mengapa lah kalau nampak janggal..cari lah kawan untuk bersocial...ajak makan minum bersama...ya..cari dunia kamu sendiri...supaya tak terasa diri mu di sisih oleh Q...

    Semuga kamu selalu gembira dengan apa yang kamu laku kan...

    ReplyDelete
  2. Ass-Salam

    Sedikit gembira...namun terselit rasa sayu di atas pengorbanan adik...demi V
    Jika ini yang terbaik....kakak doakan adik bersabar dan jalani hidup dengan penuh yakin bahawa pengorbanan ini di rahmati Allah. Allah mendengar segala doa adik...jangan sekali berhenti.
    Redha sahaja sambil isikan hari hari seterusnya dengan tidak terlalu mengharapkan Q...Kakak pasti disuatu hari dia pasti sedar bahawa adik adalah yang terbaik untuknya...InsyaAllah.
    Adik ada V.
    Pelihara V dengan sebaiknya...sebagai mutiara hati dan teman berbicara.
    Take care

    ReplyDelete