sekali lagi saya mahu katakan bahawa Tuhan itu maha kaya.
dan kesabaran akan mengundang hasil(ini ingatan untuk dirilah)
selama saya berteka teki tentang makhluk bernama S rupanya akhirnya Tuhan tunjukkan juga.S itu sebenarnya seorang yang saya pernah kenali pernah membantu bak kata dia beliau amat berterima kasih kepada saya.
ahaa....
walaupun dunia ini kecil rasanya Q tidak tahu saya kenal S.dan S pula tidak tahu Q suami saya.
pengamatan saya terhadap S adalah beliau seorang yang demanding,mendesak dan boleh berbuat apa sahaja untuk kepentingan dirinya.jangan bimbang pendapat ini saya perolehi ketika saya berurusan dengan beliau dahulu bukan setelah saya tahu hubungan dia dengan Q.
kata hati saya akhirya Q berjumpa dengan seseorang yang dia tidak boleh permain-mainkan sewenangnya.dia juga sangat merbahaya.
perlukah saya memberitahu Q atau biarkan sahaja....yang utama bagi saya saya tidak mahu anak saya malu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku rasa baik ko biar kan saja, bagi tau pun buat apa.. ko ingat dia suka atau peduli ke kata kata kamu tu...bah kan lagi menimbul kan kemarahan dia..baik ko jangan campur hal dia...
ReplyDeleteApa bende nya ko dan anak ko nak malu...
atau ko ni cemburu.....cemburu pada orang yang tak peduli kan ko..?? tak da makna nya...
buat baik berpada2. kalau benda tu bawa kebaikan, apa salahnya. dalam semua hal, walaupun orang berbuat buruk kepada orang, kita jangan balas balik dgn keburukan. Seorang yang cerdik tidak akan membuat keburukan pada orang, sbb dia pernah merasai macam mana orang berbuat buruk kepada kita.
ReplyDeleteSesungguhnya, Allah itu Maha Adil. Dia tidak akan membiarkan hambaNya sentiasa dalam kesusahan. Yang Dia mahu lihat ialah kesabaran hambaNya itu, kebaikan yg ada pada hamba itu, dan bagaimana hamba itu mampu menahan segala2 ketentuan utknya. Masa yang baik dan nikmat itu akan tiba, cuma kita perlu bersabar. Itu sudah tidak lama.
Sekarang ni, kita kena sentiasa bersyukur, samaada saat manis ataupun pahit. Kalau ia manis, maka ia suatu nikmat dari tuhan. Jika pahit, ia merupakan suatu hikmah dari tuhan juga. Mengajar hati kita lebih berhemah, cekal dan tabah. Kita perlu igt, kasih tuhan itu adalah utk hamba yang banyak menerima cabaran hidup. Jikalau tidak, mengapa Nabi Muhammad ditimpa bermacam2 dugaan. Hendak dibunuh, dipulau, berlapar, berhijrah, berperang, fitnah dan macam2 lagi. Semua ini adalah peluang utk kita islah diri, bahawa kita sangat tak lengkap dan tak sempurna. Kita akan sedar, kita sangat memerlukan tuhan di sisi utk membantu.
Pabila hati mengerti, perasaan syukur itu akan hadir, kerana kita memahami nikmat itu bukan sahaja kebahagiaan dan keinginan yg tercapai, sebaliknya merangkumi setiap pernafasan dan tenaga yg digunakan utk menjalani kehidupan seharian. Setiap kesusahan2 yg mengajar erti perjalanan hidup, pengajaran kepada diri sendiri atau org lain (anak2). Inilah yg dipanggil mata hati yg mampu melihat semua perkara adalah hikmah.
Sabarlah, wahai wanita solehah. Sesungguhnya, itu adalah hak bagi mereka yang mudah bersabar dan cepat mengerti.