saya mendiamkan diri kerana cerita tetap sama.
nanti bercerita dikatakan meraih simpati ataupun yang saya dapat kutukan lagi.
saya penat.ya saya tahu saya bodoh dalam banyak hal.
saya terpaksa berpusing arah kerana tak sanggup berebut anak.tak sanggup berkongsi-kongsi jaga anak.saya tahu ada orang yang kuat dan boleh melakukan apa sahaja.saya kuat sendiri tapi tentang anak saya kalah.
itulah.kerana anak pahit jadi manis.kerana anak keluarga pula menjauhkan diri.
bukan kerana anak,saya memilih apa yang saya pilh makaitu semua terjadi.
sedikit lagi anak saya akan lebih berdikari.sedikit lagi tinggal saya.
sedikitlagi.
ada perempuan yg membenci saya kerana saya menyebabkan dia tidak dapat apa yang dia mahukan.setahun saya sakit kerana ada yangmahukan apa yang saya ada.
aduh.ketika itu saya berdoa supaya cepat sembuh agar kehidupan anak saya aman.alhamdulillah sudha banyak bezanya sekarang.
orang yang sepatutnya mendapat hamunan saya berselindung di balik gelarannya.kerana taraf dia lebih tinggi dari saya maka fitnahnya lebih dipercayai dari saya yang diam.
orang yang melukakan hati saya semakin ke depan hidupnya.yang membuat dosa semakin makmur hidupnya.
saya?
jatuh...jatuh..bertahan..jatuh..bertahan belum ada cerita saya sudah bangun.belum.
satu hujung minggu yang tidak jauh dahulu hanya rm 50 sahaja milik saya.tiada simpanan tiada apa-apa.
tapi alhamdulillah.anak saya saya sihat,gembira bahagia ceria.
salam aidil fitri dari saya
It’s Been a Long Week
4 hours ago